Pages

Memaparkan catatan dengan label info sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info sihat. Papar semua catatan

Khamis, Februari 24, 2011

Elak Minum Berdiri Dan Gopoh



RASULULLAH saw bersabda maksudnya: Jangan minum terus-menerus seperti cara haiwan minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan bacalah Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya. (Hadis riwayat Imam At-Tarmizi

Islam menyediakan panduan dan adab kepada umatnya ketika minum supaya mereka selesa dengan perbuatan itu dan menjauhi mereka daripada perkara buruk.

Minum secara gopoh akan boleh membuatkan seseorang itu tersedak. Oleh itu, adalah baik minum secara tidak berterusan supaya air boleh masuk ke dalam badan dengan lebih sempurna.

Begitu dengan adab membaca Bismillah supaya kita dijauhi daripada sebarang bencana atau musibah yang terkandung dalam air yang hendak diminum itu. Kita juga patut bersyukur dengan mengucapkan Alhamdulillah kerana diberikan rezeki dan dapat minum dengan sempurna.

Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya. Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah untuk minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan ! menanti air itu sejuk terlebih dulu.

Islam juga menegah umatnya minum atau makan sambil berdiri. Ini ditegaskan dalam hadis riwayat Imam Muslim yang bermaksud: Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu membiasakan minum berdiri. Siapa yang terlupa hendaklah dia memuntahkan kembali minuman itu.

Gopoh - amalan syaitan

SATU daripada penyakit kalbu yang berbahaya dan boleh menjatuhkan manusia ke jurang maksiat dan boleh meluputkan pahala segala kebajikan ialah tindakan bergopoh-gapah (isti'jal). Mengikut Imam al-Gazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu. Urusan itu lalu dikerjakan dengan terburu-buru nafsu. Khususnya dalam berbuat amal kebajikan, ada orang yang ingin segera mencapai martabat yang tinggi, lalu dengan tergopoh-gapah mengerjakan ibadat supaya segera mencapai hajatnya itu. Orang yang bergopoh-gapah seperti itu hanya akan bersungguh-sungguh mengerjakan ibadatnya pada peringkat awalnya saja. Apabila hajatnya, matlamat ibadatnya, tidak tercapai dalam masa yang singkat, dia mudah menjadi lemah dan terus kecewa, lantas dia meninggalkan kesungguhannya itu. Kesungguhan dan kegopohannya itu menyebabkan dia kepenatan dan tidak terdaya lagi hendak meneruskan ibadatnya. Sudahnya, kerja ibadatnya terbengkalai dan cita-cita ingin mencapai martabat idamannya itu luput dengan begitu saja. Dalam keadaan bergopog-gapah, kerapkali seseorang itu melakukan kesilapan sampai melakukan kerja di luar kebajikan pula atau menyeleweng dari syariat.

Umpamanya, jika berbicara, akan tergelincirlah lidah menuturkan kata-kata yang keji atau sia-sia. Jika makan atau minum, akan termakan atau terminum secara berlebihan atau pun makanan dan minuman yang haram atau syubahat menjadi pilihan. Mendoakan keburukan untuk diri sendiri atau untuk orang lain juga termasuk dalam penyakit bergopoh-gapah, sebagaimana firman Allah yang mafhumnya: "Dan manusia mendoakan kehajatan sebagaimana dia mendoakan kebaikan dan adalah manusia itu bersifat gopoh-gapah" (al-Isra' : 11) Dalam keadaan tertentu, memang ada orang yang mendoakan keburukan untuk orang lain. Umpamanya, seseorang yang dizalimi akan membanyakkan doa supaya penzalim yang berkenaan mendapat pembalasan segera daripada Allah. Jika doanya itu dimakbulkan, tentulah hatinya berasa senang dan puas, tetapi dia dikira telah melakukan kerja maksiat kerana tindakannya itu.

Lawan "gopoh-gapah" itu ialah "anaah", iaitu ciri kalbu yang membimbing seseorang supaya berlambatan dan tenang, penuh hemat atau berhati-hati mengerjakan sesuatu urusan, yakni terlebih dulu dikaji-selidik, dibuat perancangan dan pertimbangan yang saksama dan berpandangan jauh dengan membuat andaian-andaian tentang kemungkinan akan berlakunya keburukan atau risiko, lalu lebih dulu dirancang cara-cara mengatasinya.

Keadaan yang demikian adalah merupakan ciri-ciri asas sifat warak. Sifat warak ini penting kerana pokok kepada ibadat itu ialah warak iaitu berhati-hati dan teliti dalam tindakan, penuh hemat dalam membuat pertimbangan terhadapa segala urusan. Jika sebaliknya, maka itulah yang dikatakan: Apabila berbicara, pembicaraannya akan tergelincir daripada kebenaran. Apabila makan, akan termakan makanan yang haram atau syubahat. Demikianlah juga dalam urusan yang lain. Dengan yang demikian, maka luputlah sifat waraknya. Amalan atau ibadat tanpa warak tidak akan menghasilkan kebajikan.

Menurut Imam al-Ghazali : Sifat anaah itu merangkumi dua prinsip, iaitu tawaqquf dan taanni. Maksud tawaqquf ialah terlebih dahulu menyelidiki sesuatu urusan sebelum memulakan pelaksaannya sehingga ternyata kebenaran dan kebaikannya, manakala taanni bermaksud, berhati-hati-hati pada permulaan dan semasa melaksana sesuatu urusan supaya berjalan dengan lancar dan sewajaranya, sehingga tercapai matlamat. Tindakan berhati-hati dalam beribadat dan menangani segala urusan (mengikut konsep anaah) itu amat dituntut, manakala tergesa-gesa atau tergopoh-gapah (al-'ajalah) itu ditegah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Tergopoh-gapah itu tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan, membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada dosa".

sumber: http://idhamlim.blogspot.com

Isnin, Februari 21, 2011

12 PERKARA PUNCA KEROSAKAN OTAK

18 Rabiulawal 1432H.

1. Mengabaikan pengambilan sarapan pagi
Individu yg sering mengabaikan pengambilan sarapan pagi berisiko besar mengalami kekurangan gula dalam darah. Ini akan menyebabkan bekalan nutrien tidak cukup untuk dihantar ke otak dan akan menyebabkan bahagian tersebut mengalami kemerosotan.

2. Terlalu banyak makan
Menyebabkan berlakunya pengerasan di bahagian arteri otak lalu memperlahankan kuasa mental.

3. Merokok
Menyumbang kepada pengecutan otak dan penyebab kepada penyakit Alzheimer.

4. Pengambilan gula yang tinggi
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrien seterusnya akan menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak.

5. Pencemaran udara
Otak adalah penerima oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Kurang tidur
Mengabaikan kualiti tidur yang sempurna, akan menjejaskan sel otak dan akan mendatangkan risiko tinggi kepada berlakunya kegagalan otak untuk berfungsi.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Berfikiran sempit
Berfikir adalah latihan terbaik untuk merangsang otak. Namun, jika seseorang sering berfikiran sempit, ia boleh menyebabkan berlakunya pengecutan di bahagian otak.

10. Kurang berkomunikasi
Komunikasi intelektual mampu merangsang perkembangan otak. Jika seseorang jarang berkomunikasi, lama kelamaan fungsi otak akan mengalami kemunduran.

11. Kurang membaca
Keupayaan berfikir tidak meluas dan sempit. Keupayaan berbahasa juga mengurang.

12. Mengabaikan Meditasi
Tiada ruang rehat untuk otak dan tubuh akan menjejaskan kemampuan memproses maklumat. Bagi Muslim, membaca al-Quran dan sembahyang adalah meditasi terbaik, jika tidak dibuat dengan gopoh!

sumber:
http://idhamlim.blogspot.com

Isnin, Februari 01, 2010

TAHUKAH ANDA

• Kanser Payudara merupakan pembunuh wanita pertama!
• Kanser Payudara biasanya menyerang wanita yang berumur 40-50 tahun terutama wanita berumur lingkungan tempoh menapous.
• 1 daripada 14 orang bangsa Cina berisiko menghidap kanser Payudara.
• 1 daripada 16 orang bangsa India berisiko menghidap kanser Payudara.
• 1 daripada 24 orang bangsa Melayu berisiko menghidap kanser Payudara.
• Kanser Payudara tidak semestinya diakibatkan keturunan. 85% penghidap kanser Payudara tidak mempunyai rekod kanser Payudara di kalangan ahli keluarganya.
• Lebihkurang 70-80% kes kanser Payudara dikesan hanya pada peringkat ke-3 atau ke-4 (peringkat terakhir).
• Kanser serviks (pangkal rahim) merupakan kanser kedua biasa bagi wanita. Ia juga pembunuh kedua bagi wanita di Malaysia.
• 99% kanser serviks disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV).
• Wanita yang berumur 40-50 tahun berisiko tinggi diserangi kanser serviks.
• Kanser serviks pada peringkat awal tidak akan memberi sebarang tanda atau kesakitan.
• Apabila ia menjadi teruk, salah 1 atau lebih tanda berikut akan tertunjuk:-
i. Berdarah ( bukan ketika haid )
ii. Discharge menjadi labih banyak
iii. Sakit bahagian pinggang / pinggul
iv. Sakit ketika seks.

SUDAHKAH ANDA MENJALANI PEMERIKSAAN SAKIT PUAN?

KAJIAN DAN PENGESAHAN











TAHUKAH ANDA BAGAIMANA TUALA WANITA BIASA DI PROSES?

Kertas buangan, agen pelunturan yang berkarsinogen, agen fluoresen dan sebagainya merupakan bahan mentah yang memproses tuala wanita biasa. Kertas buangan termasuklah kertas kitaran semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu yang telah menyembunyikan bacteria serta kuman yang merbahaya. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. Sejenis toksin yang dioksin akan terhasil daripada proses pelunturan berklorin ini. Setelah proses-proses ini selesai, terhasilah produk pakai buang seperti tuala wanita, pantiliner, tampon, lampin pakai buang bayi…

KESAN DIOKSIN TERHADAP MANUSIA
Kesan dioksin amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding Cyanide dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding Arsenic, ia juga digelar sebagai ‘Toksin Yang Paling kuat’ pada zaman ini. Pusat Penyelidikan Kanser Antarabangsa telah mengelaskan Dioksin sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Kajian Perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan Dioksin dalam tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payudara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan sakit puan yang lain.

• setiap wanita menggunakan lebih kurang 15ribu keping tuala wanita di sepanjang hayatnya! MAKA, risiko terdedah terhadap Dioksin bersamaan 15ribu kali!

Bagaimana Dioksin Meresap ke Dalam Rahim?
Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Gas toksid yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan.Sekiranya tuala wanita tersebut menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksik. Ia akan mengelakkan masalah jangkitan, ruam, gatal atau alahan.Darah haid akan mengalir keluar dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap kedalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup fallopio.

Bahaya dioksin